suria

Kren Jatuh: MKJR Gesa Kontraktor Projek LRT Diberi Arahan Henti Kerja

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menggesa agar arahan henti kerja dikeluarkan kepada pihak kontraktor berikutan berlaku kejadian 'handle' kren terjatuh ke atas sebuah kereta di projek penyambungan LRT di USJ2/3 Subang Jaya dekat sini, Sabtu.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu mengeluarkan arahan itu sehingga diyakini semua langkah keselamatan diambil bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang, yang ia boleh dielakkan sekiranya langkah keselamatan yang baik telah dibuat terlebih dahulu.

Lebih baik projek itu ditangguh seketika daripada meneruskan kerja-kerja tidak selamat yang boleh membawa kepada kemalangan jiwa, katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta yang diletak di tepi jalan berhampiran projek itu remuk setelah dihempap kren kira-kira 6.17 petang.

Lee berkata tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang bertanggungjawab berhubung kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain