suria

Keluarga Bimbang Nasib Gadis 17 Tahun Hilang Dari Rumah

Nur Emira Syakila Jalaludin
Nur Emira Syakila Jalaludin
Nur Emira Syakila Jalaludin

PETALING JAYA: Seorang gadis berusia 17 tahun dari Kg Sentosa Paroi, Seremban, telah hilang sejak Khamis, menimbulkan kebimbangan di kalangan ahli keluarga kerana dia berkemungkinan telah mengikut seorang lelaki yang dikenali di Facebook.

Kakaknya, Rabiatul Adawiyah, 25, berkata, beliau kali terakhir melihat adiknya, Nur Emira Syakila Jalaludin, pukul 3 petang pada 15 Ogos, selepas memberitahu dia mahu berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah.

Walaupun membawa bersama telefon bimbit, Nur Emira meninggalkan dompet dan kad pengenalannya.

Kali terakhir dia dilihat memakai baju hitam dan seluar berwarna kelabu.

"Kami sedar dia hilang apabila bapa saya pulang kira-kira pukul 5 petang dan kami tidak dapat mencarinya di sekeliling kawasan kejiranan. Bapa cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi telah dimatikan.

"Kami pergi mencarinya di sekitar kampung sepanjang malam tetapi tiada siapa yang melihatnya. Rakan-rakannya sekolahnya berkata, dia tidak pernah menyebut apa-apa mengenai tindakan lari dari rumah," kata Rabiatul, Ahad.

Beliau menambah adiknya itu adalah anak ketiga daripada empat adik-beradik perempuan, adalah seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul tetapi disyaki mempunyai hubungan dengan seseorang di Facebook.

"Tetapi saya tidak pasti kerana dia tidak pernah bercakap tentang hidupnya dengan kami atau rakan-rakannya. Tiada seorang pun daripada kami berada dalam senarai rakan-rakannya di Facebook. Tetapi dia akan menghabiskan masa berjam-jam bercakap dengan seseorang melalui laman sosial itu.

"Kami hanya mahu dia tahu bahawa kami tidak marah dengannya dan mahu dia selamat pulang ke rumah. Ibu dan kakak saya telah jatuh sakit kerana bimbangkannya dirinya," katanya, sambil menambah kakaknya juga tertekan kerana akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Beliau berkata mereka telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Seremban dan telah menerima berita bahawa Nur Emira dilihat di Kota Damansara dan Bukit Jelutong baru-baru ini.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai di mana Nur Emira berada diminta menghubungi Rabiatul di 0176167207 atau Jalaludin Md Som di 019-6524749.

Artikel Berikut

Artikel Lain