Felda Ambil Langkah Bendung Penyebaran Fahaman Syiah - Semasa | mStar

Felda Ambil Langkah Bendung Penyebaran Fahaman Syiah

JEMPOL: Felda akan mengambil pendekatan drastik bagi membendung penularan gerakan serta penyebaran fahaman Syiah di kawasan Felda di seluruh negara.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata untuk itu, Felda akan mengadakan satu taklimat khas mengenai Syiah kepada semua pimpinan termasuk pengurusan (Felda), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), wanita, belia, badan bukan kerajaan (NGO) serta anggota jawatankuasa masjid dan surau di Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.

"Pada taklimat itu nanti, kita akan memberikan penerangan yang jelas mengenai Syiah, kenapa kerajaan mengharamkannya dan kenapa fahaman ini boleh merugikan umat Islam daripada segi perpaduan Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Felda Jaya, Bandar Seri Jempol di sini, malam Sabtu.

Mohd Isa yang juga anggota Parlimen Jempol berharap menerusi taklimat khas ini, pimpinan Felda akan mendapat pengetahuan mengenai fahaman Syiah dan dapat menjalankan tanggungjawab mengawasi serta membendung fahaman itu daripada menular di kawasan Felda.

"Pemantuan kita jalankan tetapi seperti kita sedia maklum bahawa bukan mudah untuk kita mengenal pasti pengikut Syiah ini kerana mereka ini boleh berpura-pura dan sebagainya.

"Bagaimanapun setakat ini, kita belum mendapat laporan mengenainya (penularan fahaman syiah di Felda)," katanya.

Katanya penyebaran fahaman Syiah mesti dibendung kerana jika gerakan ini dibiarkan berterusan, ia bukan sahaja boleh mengancam keselamatan negara, malah mengakibatkan perpecahan ummah menjadi semakin parah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL