suria

Najib Bangga Felda Terus Tingkatkan Taraf Hidup Penduduk Setempat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga kerana Felda terus meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

"Di majlis jamuan hari raya selepas pelancaran Hari Peneroka Kebangsaan semalam, saya sempat bertemu beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan peneroka Felda.

"Saya bangga kerana Felda berterusan menaik mutu taraf kehidupan penduduk setempat. Syabas saya ucapkan," katanya dalam laman sosial Facebook beliau pada Sabtu.

Najib yang melakukan lawatan sehari ke Kedah semalam turut merasmikan sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan yang berlangsung di Felda Sungai Tiang, Pendang.

Dalam ucapannya Najib berkata kejayaan yang dicipta Felda sejak penubuhannya 57 tahun lepas adalah contoh terbaik proses transformasi yang boleh menjadi kenyataan. - BERNAMA

Artikel Lain