Najib Ajak Rakyat Kibar Jalur Gemilang - Semasa | mStar

Najib Ajak Rakyat Kibar Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengajak rakyat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun ke-56 kemerdekaan negara tidak lama lagi.

Perdana menteri berkata langkah itu bagi menyemarakkan tanda kebanggaan rakyat kepada negara tercinta.

"Saya telah merasmikan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan di Sungai Petani, Kedah, Jumaat.

"Ayuh kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan hari kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi. Semarakkan tanda kebanggaan kita kepada negara. Malaysiaku berdaulat: tanah tumpahnya darahku," katanya dalam laman sosial Facebook beliau pada Sabtu.

Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah 'Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku'. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain