suria

Tiada Keperluan Untuk Ahli Parlimen Isytihar Harta - Najib

PENDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada keperluan untuk Ahli Parlimen mengisytiharkan harta kerana mereka tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Menurutnya, Ahli Parlimen boleh menjalankan aktiviti perniagaan selagi ia tidak melibatkan sebarang konflik kepentingan.

"Hanya anggota pentadbiran diminta untuk mengisytiharkan aset mereka supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat pemeriksaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Hari Peneroka Kebangsaan di Felda Sungai Tiang dekat sini Jumaat.

Pada Rabu, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) perlu mengisytiharkan harta setiap tahun kepada SPRM bagi membuktikan komitmen terhadap perang melawan rasuah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain