suria

Polis Tahan Lelaki Mengamuk Dengan Parang di Pasar Bayan Lepas

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki selepas dia mengamuk dengan bersenjatakan parang di Pasar Awam Bayan Lepas, di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritendan Hatta Md Zin berkata suspek yang berusia 42 itu ditahan di rumahnya di Jalan Besar, Bayan Lepas, pada pukul 4.30 petang.

"Beberapa jam sebelum ditahan lelaki itu mengamuk sambil membawa parang di pasar berkenaan, bagaimanapun tiada kecederaan serius dilaporkan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata polis turut menemui beberapa bilah parang, pisau pemotong daging dan kayu pemukul di dalam rumah suspek.

Hatta berkata polis mengesyaki suspek kurang siuman dan lelaki itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain