suria

Najib Mulakan Lawatan Sehari Ke Kedah

PENDANG: Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan sehari beliau ke Kedah pada Jumaat dengan menghadiri Majlis Sambutan Hari Peneroka 2013 di Felda Sungai Tiang di sini.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Felda Sungai Tiang kira-kira 10.30 pagi dengan diiringi Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau kemudian akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Felda Sungai Tiang.

Petang ini Perdana Menteri dijadual merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah di Alor Setar.

Pada sebelah malam, Perdana Menteri akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2013 di Dataran Zero, Sungai Petani. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain