suria

Keselamatan Sempadan Diperketat Tangani Penyeludupan - Wan Junaidi

KUCHING: Kawalan keselamatan di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat, Indonesia akan diperketat dengan kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Indonesia dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan, terutama penyeludupan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata isu itu antara yang akan dibincang pada dua mesyuarat peringkat menteri keselamatan dalam negeri negara-negara Asean yang dijadualkan bulan depan di Brunei dan Laos.

Harga barangan keperluan asas di Malaysia murah kerana kerajaan memberi subsidi dan ini menyebabkan barangan terbabit sering diseludup keluar, katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Menurutnya selain penyeludupn barangan, isu pemerdangan manusia turut menjadi tumpuan dalam kes jenayah rentas sempadan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain