suria

Felda Contoh Terbaik Transformasi - Najib

PENDANG: Kejayaan yang dicipta Felda sejak penubuhannya 57 tahun lepas adalah contoh terbaik proses transformasi yang boleh menjadi kenyataan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata transformasi yang berlaku di Felda melibatkan pelbagai sudut iaitu transformasi individu dan keluarga, fizikal dan minda serta organisasi.

"Ia boleh dilihat dari segi sebelum mereka (peneroka) masuk ke Felda, selepas masuk Felda dan kini," katanya pada majlis Hari Peneroka Kebangsaan di Felda Sungai Tiang dekat sini Jumaat.

Katanya transformasi yang berlaku kepada Felda amat ketara dan ia boleh dilihat hari ini apabila masyarakat Felda dapat mengecapi kehidupan yang jauh lebih baik.

"Hari ini berlaku transformasi kepada Felda secara menyeluruh dan Felda, atau lebih tepat Felda Global Ventures kini boleh dianggap sebagai multinational corporation peringkat antarabangsa yang boleh dibanggakan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain