suria

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Di Tempat Kerja Beri Peluang Wanita Teruskan Kerjaya - PM

KUALA LUMPUR: Lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja akan memberi peluang kepada lebih ramai wanita meneruskan kerjaya mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian dalam twitternya pada Khamis, yang turut disertakan pautan artikel yang disiarkan sebuah akhbar tempatan bertajuk 'insentif RM15 juta untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja'.

Laporan itu memetik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim sebagai berkata bahawa lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak boleh ditubuhkan melalui insentif geran yang disediakan kerajaan.

Bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan RM15 juta sebagai insentif geran untuk membantu pengusaha pusat jagaan kanak-kanak dan pendidikan swasta menubuhkan pusat jagaan berkualiti tinggi.

Rohani juga berkata Belanjawan 2013 memberikan pengecualian cukai pendapatan untuk lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha pusat jagaan kanak-kanak. -BERNAMA

Artikel Lain