suria

Polis, Bapa Sanjeevan Bertengkar Siapa Yang Harus Simpan Peluru

Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr Ardi Awang menunjukkan bekas yang mengandungi peluru yang dikeluarkan daripada tulang rusuk Sanjeevan.
Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr Ardi Awang menunjukkan bekas yang mengandungi peluru yang dikeluarkan daripada tulang rusuk Sanjeevan.
Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr Ardi Awang menunjukkan bekas yang mengandungi peluru yang dikeluarkan daripada tulang rusuk Sanjeevan.

SERDANG: Keluarga Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan dan pihak polis bertegang leher siapa yang harus menyimpan peluru yang berjaya dikeluarkan daripada tulang rusuknya di Hospital Serdang pada Khamis.

Meskipun selepas pertengkaran itu berlaku, polis memberi jamiman kepada keluarga mangsa bahawa Bukit Aman akan menyelia siasatan dalam kes berkenaan.

Pengasas MyWatch, S. Gobi Krishnan berkata pihak polis telah memberi jaminan bahawa peluru berkenaan akan di bawa ke jabatan forensik balai polis Cheras.

Sanjeevan masih berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan mengeluarkan peluru selepas 18 hari beliau ditembak.

"Pada mulanya kami telah menghalang mereka daripada membawa peluru (keluar daripada hospital) namun kami diberi jaminan oleh (polis) Negeri Sembilan tidak akan terlibat dalam kes ini.

"MyWatch dan keluarga Sanjeevan telah melawat jabatan forensik untuk memastikan siasatan berjalan lancar," katanya.

Terdahulu Gobi Krishnan memberitahu pemberita bahawa ayah Sanjeevan, P. Ramakrishnan, telah membuat laporan polis di pos polis Hospital Serdang berhubung kehadiran anggota polis daripada Jempol dan Seremban di bilik pembedahan.

"Saya telah membuat laporan meminta Bukit Aman mengambil alih kes anak saya dan saya mempunyai sebab untuk percaya polis Jempol terlibat dalam cubaan mengancam nyawa Sanjeevan," dakwa Ramakrishnan.

Sanjeevan dimasukkan ke bilik pembedahan pada pukul 2.30 petang Khamis untuk mengeluarkan peluru yang tertanam di tulang rusuknya sejak 18 hari lalu.

Doktor membuat keputusan untuk membedahnya selepas beliau mempunyai darah beku di jantung dan paru-parunya yang menyukarkan dia untuk bernafas.

Artikel Lain