suria

Kedai Emas Di Tanjung Malim Kerugian RM300,000

IPOH: Dua penjenayah dipercayai bersenjata api melarikan barangan kemas bernilai RM300,000 dalamkejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Besar dekat Tanjung Malim di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Othman Nanyan berkata kedua-dua lelaki memakai helmet bercermin hitam serta berpakaian gelap melulu masukke arah seorang pekerja berumur 54 tahun yang berada di dalam kaunter kedai berkenaan kira-kira pukul 1 petang.

"Seorang daripada suspek mengeluarkan senjata menyerupai pistol daripada beg silang dan arahkan mangsa keluarkan semuabarang kemas yang berada di dalam kaunter.

"Mangsa sendiri yang masukkan barang kemas ke dalam beg silang suspek,"katanya.

Suspek beredar dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Legenda bernombor pendaftaran palsu yang diletakkan di hadapan kedai itu ke arah Hulu Bernam, katanya.

Suspek berumur 30-an itu bertutur dalam bahasa Kantonis.

Seorang daripadanya berbadan gempal. Beliau berkata kedai mangsa tidak mempunyai Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan tiada pengawal keselamatan, namun semakan sedang dibuat terhadap CCTV dikawasan sekitar tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain