suria

Wanita Melecur Di Muka Akibat Disimbah Asid Dilaporkan Stabil

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang melecur 10 peratus di mukanya akibat disimbah asid di Jalan Ampang, dekat sini Sabtu lepas dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, polis menemu bual mangsa di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin dan mendapati keadaannya stabil namun mangsa belum melakukan pembedahan mata kerana menunggu pakar mata untuk menjalani pemeriksaan.

Beliau memberitahu Bernama pada Selasa bahawa mangsa tidak mengenal pasti suspek yang menyimbah asid itu kerana insiden berlaku di waktu malam.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 31 tahun itu melecur 10 peratus di mukanya termasuk mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki yang menunggang motosikal. - BERNAMA

Artikel Lain