Pemilik Restoran Mati Ditembak Di Dungun - Semasa | mStar

Pemilik Restoran Mati Ditembak Di Dungun

DUNGUN: Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di sini awal pagi Selasa.

Mayat Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.

"Siasatan awal mendapati dua kesan tembakan di bahagian atas dada dan di bahu kiri mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan samun kerana Toyota Hilux dan beg duit milik lelaki itu dilapor hilang.

Bagaimanapun sejumlah wang ditemui di dalam poket baju mangsa dan polis percaya wang itu adalah sebahagian daripada hasil jualan restoran milik lelaki itu untuk dimasukkan ke dalam bank.

"Polis percaya jenayah itu melibatkan lebih daripada seorang suspek dan polis kini menjalankan gerakan memburu suspek bersama Toyota Hilux berwarna hitam dengan nombor pendaftaran CCL 5445," katanya.

Manoharan berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu menemui dua butir peluru di dada dan bahu kiri lelaki itu.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Nor Zuedawati Umar, 25, berkata lazimnya suaminya akan keluar sekitar pukul 4.30 pagi untuk ke surau seterusnya ke bank.

"Saya terkejut apabila adik saya memberitahu suami telah meninggal dunia. Saya bergegas turun dari rumah dan melihat suami terbaring berlumuran darah...duit hasil jualan dan Toyota Hilux milik suami lesap.

"Saya percaya suami tidak sempat ke bank untuk memasukkan duit hasil jualan dari lima cawangan restoran," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini Selasa. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain