suria

Mayat Lelaki Rakyat Asing Ditemui Di Sungai Golok

KOTA BARU: Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat asing ditemui di Sungai Golok, sungai yang menjadi sempadan Kelantan-Thailand, di Kampung Kedap, Rantau Panjang pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata mayat lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu ditemui orang awam tersangkut pada pukat yang dipasang di sungai berkenaan pada pukul 12.40 tengah hari.

Lelaki itu memakai baju hitam lengan panjang dan seluar pendek paras lutut, katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Mazlan berkata tiada pengenalan diri ditemui daripada mayat itu.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain