suria

CWC DAP Akan Adakan Mesyuarat Berhubung Isu Pemilihan Baru CEC

GEORGE TOWN: DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada malam Isnin bagi membincangkan tindakan seterusnya mengenai "peringatan" oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan baru.

Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng pada Isnin membidas ROS kerana gagal untuk memberikan apa-apa sebab mengapa ia menolak penjelasan parti itu atas kerosakan undi semasa proses pengiraan dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada tahun lepas.

"Pendaftar itu berkata dalam surat bertarikh 7 Ogos bahawa Akta Pertubuhan 1966 tidak memerlukan pendaftar untuk menjelaskan sebab-sebab.

"Adakah mereka fikir mereka adalah Raja? Mereka bukan Raja, tidak diberi mandat oleh rakyat," kata Lim pada sidang media di pejabatnya di sini, Isnin.

"Saya ingin mengatakan bahawa DAP tidak mempunyai masalah mengadakan pemilihan CEC yang baru tetapi memberikan kita sebab dan dalam seksyen Akta Pertubuh6an yang mereka mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan baru," katanya.

ROS terbabit selepas timbulnya aduan penipuan dalam pemilihan yang diadakan pada Disember lalu.

Setiausaha Politik Lim, Zairil Khir Johari pada mulanya menerima 305 undi.

Tetapi disebabkan oleh "kesilapan teknikal," beliau kemudiannya dikatakan mempunyai 803 undi.

Keputusan semakan menimbulkan banyak keraguan daripada beberapa pihak, termasuk ahli-ahli parti.

Artikel Lain