suria

Rumah Ibadat Kerugian RM21,000 Dipecah Masuk

PETALING JAYA: Sebuah rumah ibadat Sathya Sai Baba di Taman Universiti di sini, kerugian RM21,000 selepas dipecah masuk malam Jumaat.

Penasihat rumah ibadat itu Dr R. Vijendran berkata kejadian disedari kira-kira 7 pagi tadi oleh seorang pekerja.

"Beberapa barang berharga telah dilarikan termasuk 'patung sembahyang' yang dianggarkan bernilai RM12,000, peralatan muzik, dan kamera video," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian, Sabtu.

Polis dari Balai Sungai Way mengesahkan menerima laporan kejadian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain