suria

Pembunuhan Hussain Najadi: Kekurangan Petunjuk Baru Sukarkan Usaha Polis Tangkap Suspek

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh (tengah) menunjukan duit Dolar Amerika palsu yang berjaya dirampas oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersil Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada sidang media mengenai kejayaan pihak polis berjaya menumpaskan sindiket Black Money dan wang palsu di Ibupejabat Polis Daerah Cheras, pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Tiga hari selepas pihak polis mendedahkan identiti suspek dipercayai menembak pengasas Bank Arab Malaysia, tiada siapa tampil memberikan polis lebih banyak maklumat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner, Datuk Mohmad Salleh berkata beliau sangat kecewa dengan kekurangan petunjuk baru dalam kes berkenaan.

"Kita perlu bekerjasama mengesan lelaki ini. Sebarang maklumat berkaitan dengan kes ini perlu segera disampaikan kepada kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya di balai polis trafik di Jalan Tun H.S.Lee di sini pada Khamis.

Mohmad berkata semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati Kong belum lagi meninggalkan negara ini.

Pada Selasa, polis mendedahkan identiti suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Najadi.

Suspek yang memakai cermin mata dikenali sebagai 'Sei Ngan Chan' dalam bahasa Kantonis atau nama sebenarnya Kong Swee Kwan,44.

Suspek dikenalpasti berdasarkan siasatan terhadap dua lagi individu yang ditahan reman termasuk seorang pemandu teksi.

Alamat terakhir Kong ialah di No. 132, Jalan Pelandok 4, Taman Suntex Batu 9, Cheras, Selangor.

Dia mempunyai rekod jenayah iaitu mencuri barang dan memeras ugut.

Siasatan lanjut menunjukkan Najadi telah berperanan cuba untuk melindungi kepentingan kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon.

Kuil berkenaan didirikan di atas sebidang tanah yang sedang dalam proses jual beli.

Polis mendedahkan bahawa Najadi bukan seorang pembeli mahupun individu yang bertanggungjawab dalam urusan penjualan hartanah berkenaan sebaliknya beliau hanya mahu memastikan agar kuil berkenaan tidak dimusnahkan atau dijual.

Pada 29 Julai, Najadi, 75 ditembak mati sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera apabila mereka ditembak dari jarak dekat.

Penembak dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah teksi bersama seorang lagi individu.

Sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai Kong boleh menghubungi polis di talian 03-2115 9999 atau pergi membuat laporan di balai polis berhampiran. .

Artikel Lain