suria

Najib Harap Rakyat Sentiasa Memelihara Keharmonian

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (empat, kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua, kanan) memotong kek Aidilfitri sempena rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya pada Khamis. -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat sentiasa memelihara suasana keharmonian seperti yang wujud pada sambutan perayaan seperti Aidilfitri.

Katanya dengan mengekalkan semangat ini, ia dapat memperteguhkan lagi permuaf akatan antara kaum di negara ini.

"Diharap suasana seperti ini akan terus dikekalkan setiap hari, hidup dalam keadaan aman dan kekalkan semangat untuk kerjasama serta kukuhkan permuafakatan nasional sesama kita," katanya ketika berucap di Pentas Rakyat Seri Perdana selepas acara memotong kek Aidilfitri pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilftri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini, Khamis.

Najib turut melahirkan rasa gembira dengan kehadiran ramai orang pada majlis rumah terbuka itu bagi memeriahkan sambutan. "Terima kasih kepada anda semua kerana susah payah hadir ke rumah terbuka pada tahun ni, sambutan ini sangat meriah. Sebagai tuan rumah, saya juga berpeluang bersalaman dengan anda semua...kalau yang tak berpeluang (bersalam), anggaplah kita sudah salam dengan kehadiran anda di sini pada hari ini," katanya.

Terdahulu, Najib memotong kek Aidilfitri seberat 100 kilogram sumbangan Kuzi Catering dengan ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Turut hadir Ketua Chef Kuzi Katering Raja Rosli Raja Mazlan.

Perdana Menteri bersama-sama orang ramai kemudiannya menyanyikan lagu 'Selamat Hari Raya' yang dipopularkan biduanita negara Saloma.

Walaupun suasana panas terik namun orang ramai termasuk pelancong asing tidak putus-putus mengunjungi majlis rumah terbuka itu yang diadakan dari 10.30 pagi hingga 4 petang.

Kira-kira 120,000 pek ole-ole disediakan untuk pengunjung sebagai tanda penghargaan. -BERNAMA

Artikel Lain