suria

Trafik Perlahan Dari Slim River Ke Sungkai

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara ke utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) lancar, setakat 9.30 pagi Khamis.

Jurucakap Plusline ketika dihubungi Bernamam bagaimanapun berkata aliran trafik meningkat dari Slim River ke Sungkai, Perak.

"Kita jangka kesesakan akan meningkat dari masa ke masa, bukan sahaja disebabkan ramai balik kampung, malah hari ini merupakan cuti umum, semua orang menggunakan peluang ini untuk keluar," katanya.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di seluruh Lembah Klang, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Kesas dan Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) masih terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA

Artikel Lain