suria

'Saya Tidak Akan Serang PM - Terima Kasih Kepada Dr M

Buku ‘Awakening’ merupakan kajian sejarah pertama politik Malaysia ketika era pentadbiran Abdullah dan bagaimana ia merubah landskap politik negara ini, kata Prof Chin
Buku ‘Awakening’ merupakan kajian sejarah pertama politik Malaysia ketika era pentadbiran Abdullah dan bagaimana ia merubah landskap politik negara ini, kata Prof Chin
Buku ‘Awakening’ merupakan kajian sejarah pertama politik Malaysia ketika era pentadbiran Abdullah dan bagaimana ia merubah landskap politik negara ini, kata Prof Chin

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata serangan pendahulunya terhadap pentadbiran beliau sebelum ini telah membuatkan dirinya bertekad untuk membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan dasar-dasarnya tanpa gangguan.

"Daripada pengalaman yang saya lalui, saya tahu adalah tidak adil sekiranya saya campur tangan dengan pentadbiran Najib kerana saya mahu beliau menonjolkan dirinya sebagai Perdana Menteri. Biar suaranya didengar dan beliau memilih arah yang sepatutnya diambil tanpa pendapat daripada saya kerana saya mungkin mengatakan sesuatu yang lain atau bercanggah dengan beliau," katanya dalam artikel "A Conversation With Tun Abdullah Badawi" dalam buku bertajuk 'Awakening' yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

Temubual itu dijalankan oleh Prof Brigadier Welsh dan Prof James U.H. Chin dalam bab satu buku berkenaan yang turut mengandungi hasil tulisan daripada beberapa pemimpin seperti Mohamed Khir Toyo, Liew Chin Tong dan Edmund Terence Gomez.

Abdullah berkata beliau tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh mantan perdana menteri sebelum ini.

"Saya telah beri (Tun Dr Mahathir Mohamed) peluang untuk memberikan pandangannya. Saya pergi berjumpa dengannya tetapi beliau memilih untuk bercakap kepada media dalam tindakannya menyerang pentabiran saya dan peribadi saya. Saya tidak tahu apa yang beliau mahukan."

Abdullah turut mendakwa Dr Mahathir sangat mengetahui beliau menghidap gangguan tidur, sebaliknya beliau memilih untuk mempersendakan dirinya kepada media.

Beliau berkata doktor telah mendiagnosis dirinya menghidap masalah apnea (keadaan terhentinya pernafasan beberapa ketika tidur), tanpa beliau menyedarinya menyebabkan dirinya sering terlelap ketika beliau menjadi Perdana Menteri kelima.

"Saya pernah memberitahu Dr Mahathir mengenai situasi saya. Jadi, jika dia mahu memberitahu saya tertidur kerana saya tidak berminat dengan tugas saya ia sangat tidak bertimbang rasa."

Abdullah berkata pernah terbang ke Australia pada 2007 untuk menjalani pembedahan untuk membuang polip karang dalam hidungnya yang menyebabkan beliau menghadapi kesukaran untuk bernafas ketika tidur yang menjadi punca gangguan tersebut.

Ketika era pentadbirannya dari 2004 hingga 2008, beberapa kali beliau dilihat tertidur ketika mesyuarat, menyebabkan dirinya menjadi subjek cemuhan beberapa pihak.

Abdullah berkata hubungammya dengan Dr Mahathir agak tegang sejak beliau mengambil alih pentadbiran kerana 'ketidakupayaan menerima pandangan mana-mana pihak melainkan dirinya sendiri'.

Beliau turut bercakap mengenai serangan 'terutamanya daripada Dr Mahathir' terhadap anak lelakinya Kamal dan menantunya Khairy Jamaluddin

Kamal, katanya, telah menjadi ahli perniagaan sebelum beliau menjadi Timbalan Perdan Menteri, telah mempunyai sejumlah perniagaan di luar negeri dan tidak pernah mengambil kesempatan di atas kedudukan bapanya sebagai perdana menteri.

Abdullah berkata Khairy juga, yang dilabelkan sebagai 'budak tingkat empat' -kumpulan yang didakwa membantu serta mempengaruhinya membuat keputusan mengenai pentadbiran negara.

"Selepas keputusan pilihan raya umum 2004, beliau merekrut beberapa pemimpin daripada luar kerajaan, mereka yang saya yakin dapat membawa perubahan," katanya. Prof Chin berkata 'Awakening' merupakan kajian sejarah pertama politik Malaysia ketika era pentadbiran Abdullah dan bagaimana ia merubah landskap politik negara ini.

"Temubual bersama Abdullah melibatkan 38 daripada 606 muka surat. Buka berkenaan juga mengandungi perspekif 30 pakar daripada pelbagai bidang termasuk tokoh akademik, wartawan, ahli politik dan tokoh intelektual mengenai era pentadbirannya."

Prof Chin berkata adalah sangat penting untuk pembaca, membaca bahagian pendahuluan untuk memahami matlamat buku tersebut ditulis dan 'ia tidak buat untuk Pak Lah menyerang Dr Mahathir'.

Artikel Lain