suria

Tidak Tahu Motif Kejadian - Ahli Perniagaan Yang Keretanya Meletup

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan kaya yang mana keretanya meletup pada malam Isnin berkata dia tidak tahu motif sebenar disebalik insiden yang berlaku.

"Saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengapa kejadian ini berlaku dan tidak tahu siapa yang bertanggungjawab disebalik insiden ini," katanya kepada The Star ketika dihubungi melalui telefon.

Ditanya sama ada beliau terlibat dengan aktivit kumpulan kongsi gelap, bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat ini berkata dia tidak tahu.

Bagaimanapun, beliau berkata dia terlibat dengan perniagaan hartanah dan tidak terlibat dengan aktiviti lain untuk tempoh yang agak lama.

Beliau juga enggan mengulas lanjut, sebaliknya dia berkata: "Apa yang penting, tiada siapa yang cedera dalam insiden berkenaan."

Ahli perniagaan tersebut dipercayai memiliki beberapa buah restoran dan kelab malam di ibu kota.

Ketika kejadian pemandunya sedang melalui Taman Taynton View di Cheras apabila bahagian belakang kereta mewahnya tiba-tiba meletup.

Pemandunya segera memberhentikan kenderaan dan mereka bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

Artikel Lain