suria

Lelaki Hilang Lebih 24 Jam Ditemui Selamat

PEKAN: Seorang lelaki yang dipercayai hilang selepas keluar ke laut di Merchong, Nenasi dekat Pekan awal pagi Isnin lalu ditemui selamat, kira-kira 11 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, Abdullah Ahmad, 48, memaklumka bahawa bot yang dinaikinya itu tiba-tiba kehabisan minyak kira-kira 12 tengah hari.

"Dia hanyut hingga ke tengah laut lebih daripada 24 jam kira-kira 20 kilometer daripada lokasi botnya kehabisan minyak. "Bagaimanapun kira-kira jam 1 tengah hari semalam dia terserempak dengan sebuah bot penunda sebelum ditunda ke jeti Tanjung Api, Kuantan," katanya di sini, Rabu.

Yahya berkata mangsa bermalam di jeti berkenaan sebelum mengisi minyak untuk pulang ke Pekan.

Abdullah tiba di sini pada jam 11 pagi tadi sebelum polis menemuinya dan dibawa ke IPD Pekan untuk diambil keterangan," katanya. Katanya, Abdullah yang dalam keadaan sihat memberitahu polis bahawa ini merupakan pengalaman pertamanya hanyut di laut.

Isnin lalu, Abdullah dilaporkan hilang selepas turun ke laut untuk menangkap ketam kira-kira 6 pagi.

Bapa tiri mangsa, Ali Put, 59, bersama orang kampung telah keluar mencari mangsa namun gagal sebelum membuat laporan polis pada 5.19 petang, semalam. -BERNAMA

Artikel Lain