suria

Empat Buah Rumah di Kg Sg Bedil Hangus Dijilat Api

Anggota Bomba dan Penyelamat giat memadamkan kebakaran empat buah rumah di Kampung Sungai Bedil, di Kuching, Sarawak pada Rabu

KUCHING: Empat buah rumah di Kampung Sungai Bedil, dekat sini musnah dalam satu kebakaran pagi Rabu.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat negeri, Tan Min Chai berkata empat jentera dari Balai Petra Jaya, Tabuan dan Padungan dengan 38 anggota terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang turut dibantu oleh Unit Gerak Cepat Bermotosikal (RIM).

"Bomba mendapat panggilan pada 7.55 pagi, dan Balai Bomba Petra Jaya yang terletak 7 kilometer dari lokasi kebakaran tiba di tempat kejadian 8.06 pagi. "Apabila tiba di tempat kebakaran, dua buah rumah sedang terbakar, sebelum api merebak ke rumah ketiga. Tiga rumah musnah 100 peratus, manakala rumah keempat musnah hampir 70 peratus," katanya kepada Bernama.

Menurutnya mengikut penduduk di sekitar tempat kejadian, api dikatakan berpunca dari dapur salah sebuah rumah, namun Bomba akan menyiasat punca sebenar kejadian. "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain