Dua Beradik Ditahan, 10 Toyota Hilux Ditemui - Semasa | mStar

Dua Beradik Ditahan, 10 Toyota Hilux Ditemui

KUALA LUMPUR: Polis percaya dapat melumpuhkan sindiket mencuri kenderaan jenis Toyota Hilux yang bergerak aktif di Selangor dan Johor dengan tertangkap dua beradik di Masai, Johor, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, susulan tangkapan dua beradik berumur 26 dan 30 tahun itu, polis menyerbu sebuah gudang di Masai pada Isnin dan menemui 10 buah kenderaan itu.

Beliau berkata, kesemua kenderaan itu dilaporkan hilang di Selangor dan Johor sejak awal tahun ini dan kedua-dua suspek itu tidak memiliki rekod jenayah lampau.

"Kita masih siasat siapa sindiket di sebalik pembabitan dua beradik yang ditahan ini," katanya pada sidang media di sini, Selasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

Anwar puas hati pendirian Tun M