suria

Mayat Warga Emas Berulat Ditemui Di George Town

GEORGE TOWN: Mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan reput dan berulat di sebuah rumah di Jalan Krian di sini malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mayat Ng Poh Guek, 84, ditemui anak saudaranya (lelaki) yang berkunjung ke rumah wanita itu pada pukul 8.30 malam Isnin.

"Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah dua tingkat itu, saksi terhidu bau busuk mencurigakan dan memaklumkan kejadian itu kepada polis," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata bomba terpaksa memecah pintu rumah yang berkunci dari dalam dan setakat ini pihaknya tidak mengesyaki sebarang perlakuan jenayah sehingga menyebabkan kematian wanita itu.

Kali terakhir anak saudara Ng melawatnya ialah pada 29 Julai kira-kira pukul 3 petang dan wanita yang tidak pernah berkahwin itu tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

Gan berkata mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain