suria

Kren Terbalik & Menghempap Van di Kiara Residence

KUALA LUMPUR: Sebuah van remuk apabila sebuah kren terbalik ketika sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat palang besi.

Bagaiamanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut yang berlaku di projek Kiara Residence di Bukit OUG di sini pada pukul 4 petang Isnin.

Van yang dimiliki oleh syarikat paip itu diletakkan berhadapan dengan pintu masuk kawasan projek perumahan sementara pekerja mereka sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan paip ketika kejadian berlaku.

Kren yang tumbang itu menyebabkan jalan yang menghala ke Lebuh Raya Shah Alam, dan menghubungkan Taman Yarl ke Bukit OUG terhalang. Ia menyebabkan penduduk di kawasan kejiranan berkenaan mencari laluan alternatif untuk pulang ke rumah mereka.

Sebuah lagi kren tiba pada pukul 8.30 malam dan mengangkat kren yang terbalik dan ia hanya berjaya dialihkan sepenuhnya kira-kira dua jam selepas itu.

Artikel Lain