suria

Kertas Siasatan Kebakaran Rumah Penginapan Pekerja Vida Beauty Dibuka

IPOH: Polis akan membuka kertas siasatan berhubung kebakaran rumah penginapan pekerja produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya, Sabtu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ia berikutan terdapat dakwaan kebakaran itu berpunca daripada mercun.

"Kita berharap saksi akan tampil membantu siasatan," katanya.

Kebakaran pada 9 malam itu mengorbankan tiga orang, termasuk dua anak pengasas produk berkenaan Datuk Dr Hasmiza Othman.

Mereka ialah Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan adiknya, Muhammad Edrie Zikrie, 10, serta pekerja syarikat itu Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.

Muhammad Eddie dan Muhammad Edrie adalah anak pertama dan kedua daripada empat beradik.

Dua lagi pekerja yang berada dalam rumah itu ketika kejadian, Khairul Anuar Abu Bakar, 32, dan Rofie Ismail, 31, berjaya menyelamatkan diri. -BERNAMA

Artikel Lain