suria

Ibu Alvin Tiada Kena Mengena Dengan Posting di Facebook - Peguam

Ibu Alvin (kanan) hadir di pejabat SKMM untuk memberi keterangan pagi Isnin. Foto CHAN TAK KONG/The Star
Ibu Alvin (kanan) hadir di pejabat SKMM untuk memberi keterangan pagi Isnin. Foto CHAN TAK KONG/The Star
Ibu Alvin (kanan) hadir di pejabat SKMM untuk memberi keterangan pagi Isnin. Foto CHAN TAK KONG/The Star

KUALA LUMPUR: Ibu kepada penulis blog seks, Alvin Tan tidak ada kena mengena dengan posting kontroversi Ramadan yang dibuat oleh anak lelakinya dan teman wanitanya kata peguam, Chong Joo Tien.

Bercakap kepada pemberita selepas Tan disoal siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini pada Isnin, Chong berkata beliau tidak tahu mengapa SKMM melibatkan ibu Alvin dalam kes berkenaan.

"Mereka menyoal sama ada dia mempunyai kaitan dengan isu kontroversi Ramadan berkeana, sebaliknya dia langsung tidak mempunyai kaitan dalam isu berkenaan."

Beliau menambah Alvin, 24, dan teman wanitanya Vivian Lee, 23, telah didakwa di mahkamah dan tidak ada sebab SKMM mahu menyoal siasat ibu Alvin.

"Mengapa SKMM mahu menyoal siasat dia? Isu ini tidak ada kena mengena dengan keluarganya."

Tan, yang baju berwarna biru menutup mukanya dengan topi berwarna merah jambu, enggan bercakap kepada pemberita.

Ketika ditanya nama penuhnya, dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Chong turut menjelaskan kesalahan yang dilakukan oleh Alvin tidak dilakukan di rumah ibunya.

"Pasangan berkenaan memuat naik gambar tersebut di tempat lain."

Beliau turut mengesahkan Alvin dan Vivian kini berada dalam keadaan yang baik.

Artikel Lain