suria

Pusat Khidmat MCA Disimbah Cat

CHERAS: Pusat perkhidmatan MCA di Taman Midah di sini disimbah dengan cat pada Sabtu.

Naib pengerusi cawangan, Teoh Chee Hooi berkata, beliau kembali ke pusat perkhidmatan pada pukul 9.30 malam untuk mengambil kereta dan melihat satu bungkusan plastik di bahagian pintu.

"Saya fikir seseorang telah membuang bungkusan air kopi di pintu depan. Tetapi apabila saya melihat lebih dekat, saya menyedari ia adalah cat berwarna coklat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau juga mendapati bahawa dua bungkus cat lagi telah dilemparkan pada papan tanda.

Selepas melihat rakaman CCTV di pusat perkhidmatan, Teoh berkata mereka yang melakukannya tiba pada kira-kira pukul 9.20 malam tetapi berdiri di luar pandangan kamera.

"Polis akan kembali pada Isnin untuk melihat rakaman dari rumah kedai di kawasan sekitar," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain