suria

Mayat Sepasang Kekasih Ditemui Di Kebun Sayur

KUANTAN: Mayat sepasang kekasih warga Indonesia ditemui di dalam sebuah khemah plastik di kawasan kebun sayur di Jalan Sungai Menson Tringkap dekat Cameron Highlands tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa lelaki berumur 26 tahun sementara si wanita berumur 22 tahun yang kedua-duanya dipercayai bekerja di kebun sayur berkenaan.

Beliau berkata mereka yang baharu tiga bulan berada di negara ini dikatakan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.

Polis menyifatkan kes itu sebagai kematian mengejut. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain