Kerajaan Kedah Sokong Pelaksanaan AES - Mukhriz - Semasa | mStar

Kerajaan Kedah Sokong Pelaksanaan AES - Mukhriz

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah menyokong semua langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya termasuk pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata yang penting adalah keselamatan orang ramai di jalan raya berbanding isu-isu lain yang dibangkitkan mengenai AES.

Keadaan keselamatan di jalan raya sekarang sudah terlalu mendesak yang disebabkan sikap pemandu sendiri, kerana jika dibanding dengan negara lain yang lebih banyak bilangan kenderaan, kadar kemalangan lebih rendah, katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, di sini, Isnin.

Menurut Mukhriz, dalam perbincangan beliau dengan Khalid hari ini, mereka menyentuh mengenai pusat hiburan yang beroperasi di Kedah dan beliau memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan bertolak-ansur terhadap pusat hiburan yang melanggar peraturan.

"Kami akan sokong segala usaha oleh polis untuk ambil tindakan terhadap mana-mana premis hiburan yang melanggar undang-undang. Walaupun ada rayuan kalau terbukti melanggar undang-undang kami sokong tindakan tegas oleh polis," katanya.

Mengenai kedudukan Kedah sebagai negeri bersempadan dengan negara jiran, beliau melahirkan kebimbangannya jika berlaku kes-kes penyeludupan khususnya yang melibatkan senjata api.

"Saya faham memang payah nak periksa setiap orang dan kenderaan yang memasuki sempadan kita. Perlu cara untuk mengelakkan barang-barang tidak diingini masuk ke negara kita," katanya.

Berkenaan cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk memasang mesin pengimbas di kawasan pintu masuk negara, Mukhriz berkata pihak kerajaan negeri mengalu-alukan langkah itu terutama bagi mengekang penyeludupan seperti senjata api dan dadah. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain