Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa Ahad Ini Sempena Aidilfitri - Semasa | mStar

Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa Ahad Ini Sempena Aidilfitri

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan Ahad depan (11 Ogos) sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata cuti peristiwa itu diberikan bagi memberi kemudahan kepada penduduk negeri ini untuk menyambut perayaan itu dengan lebih selesa.

"Harapan kerajaan ialah dengan pengisytiharan ini, kakitangan kerajaan Kelantan dapat menyambut hari raya dengan lebih selesa bersama sanak saudara masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Aidilfitri dijangka disambut Khamis ini (8 Ogos) manakala Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu di Kelantan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta