suria

Ibu Alvin Beri Keterangan Di SKMM

Ibu Alvin (kanan) hadir di pejabat SKMM untuk memberi keterangan pagi Isnin. Foto CHAN TAK KONG/The Star

KUALA LUMPUR: Ibu blogger seks, Alvin Tan memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di sini kira-kira pukul 9.50 pagi Isnin.

Ibunya yang hanya dikenali sebagai Tan, dipanggil oleh SKMM untuk membantu siasatan terhadap Alvin dan kekasihnya, Vivian Lee.

Peguam pasangan kontroversi itu, Chong Joo Tian dilaporkan sebagai berkata pada minggu lalu bahawa SKMM memaklumkan kepadanya bahawa mereka ingin mengambil keterangan daripada ibu Alvin.

Alvin dan Vivian yang dikenali sebagai Alvivi tidak hadir bersama Tan.

Pasangan tersebut didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam laman Facebook mereka.

Mereka turut didakwa menyiarkan gambar-gambar lucah di dalam akaun Tumblr pada 6 dan 7 Julai.

Pasangan itu yang ditahan di penjara, dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 setiap seorang dengan dua orang penjamin pada 26 Julai lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain