suria

Hasan Malek Sedia Tanding MT Umno

Datuk Hasan MaleK
Datuk Hasan MaleK
Datuk Hasan MaleK

KUALA LUMPUR: Atas sokongan dan dorongan rakan serta kedudukannya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek pada Isnin berkata beliau sedia bertanding jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno.

"Ramai kawan-kawan yang memberi pandangan dan sokongan supaya saya bertanding dan kerana ada sokongan ini, saya tawarkan diri untuk bertanding," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di sini, Isnin.

Beliau juga berkata kedudukannya sebagai menteri mampu memainkan peranan dalam Majlis Tertinggi Umno untuk pastikan dasar yang melibatkan soal pengguna, koperasi dan perdagangan dalam negeri boleh dibincang bersama anggota Majlis Tertinggi Umno lain.

Pada majlis itu, Hasan mengumumkan Hari Koperasi Negara bakal diadakan di Jitra pada 23 hingga 25 Ogos bertema 'Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Negara' dan dijangka dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain