suria

Danone Dumex Tarik Balik Keluaran Terhad Produk

KUCHING: Danone Dumex Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menarik balik keluaran khusus produk di Malaysia berikutan maklumat terkini yang diperoleh daripada Fonterra, pengeksport produk tenusu terbesar dunia dan syarikat multinasional terkemuka New Zealand yang menyatakan beberapa ramuan yang dibekalkan kemungkinan telah dicemari.

Bagaimanapun, syarikat itu berkata tiada satupun produk yang diuji dan dijual di Malaysia setakat ini menunjukkan sebarang pencemaran.

"Keselamatan pengguna adalah keutamaan kami," katanya sambil menambah sistem pengurusan keselamatan dan kualiti makanan Danone Dumex termasuklah prosedur pengujian produk siapnya.

Syarikat yang telah meminta maaf atas sebarang kesulitan ataupun tekanan disebabkan isu itu berkata, ibu bapa boleh mendapatkan maklumat selanjutnya daripada talian pengguna di 1-800-381038.

Sementara itu, pemeriksaan rawak oleh Bernama mendapati hampir kesemua produk termasuk Dumex Dupro Step 2, Mamex Cherish Step 1, Mamex Explore Step 2 dan Bebelac Step 2 sudahpun dikosongkan dari rak-rak pasar raya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain