suria

Tiada Arahan Terhadap Undi Ketua Pembangkang Sabah - Adun DAP Luyang

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP-Luyang, Hiew King Cheu berkata, beliau bersedia berhadapan dengan tindakan disiplin kerana menyokong Datuk Lajim Ukin daripada PKR sebagai ketua pembangkang Sabah berbanding pilihan DAP iaitu Datuk Wilfred Bumburing.

"Tiada perintah hitam dan putih untuk menyokong Bumburing. Saya mengikut naluri saya dan menyokong Lakim apabila beliau mendapat sokongan majoriti daripada di kalangan 12 anggota pembangkang dengan PKR mempunyai tujuh Adun," kata Hiew kepada The Star Online.

Hiew berkata, beliau memberikan maklum balas terhadap surat tunjuk sebab oleh lembaga disiplin parti pada minggu lepas kerana didakwa bertentangan dengan pilihan calon parti.

Hiew menjelaskan bahawa Bumburing yang bertanding atas tiket PKR, bukan seorang anggota PKR.

Hiew berkata, DAP dengan empat Adun tidak dapat mengubah keputusan untuk Lajim mengetuai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri walaupun dengan sokongan Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Adun Bingkor.

Bagaimanapun beliau berkata, apabila beliau menandatangani surat menyokong Lajim sebagai ketua pembangkang, tiada arahan siapa DAP perlu memberi sokongan.

Beliau berkata, ia hanya merupakan persidangan bahawa beliau diberitahu supaya perlu menyokong Adun Tamparuli, Bumburing.

"Bgai saya, ini perkara kecilm saya tidak tahu kenapa orang di sini mahu membuat pertikaian," katanya mengenai tindakan sesetengah pemimpin tempatan DAP untuk mengecewakan beliau.

Aduan telah dihantar oleh empat rakan DAP Sabahnya. termasuk beberapa wakil dari parti.

Artikel Lain