suria

Pengendali Jentolak Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Sungai

PENGENDALI JENTOLAK LEMAS....Chang Seng Huat, 55, termenung mengenangkan nasib rakannya, Tan Kim Leong, 54, yang dikhuatiri lemas selepas jentolak yang dikendalikannya terbalik ke dalam Sungai Lebir di Kampung Tualang di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu.-Foto BERNAMA

KUALA KRAI: Seorang pengendali jentolak sebuah lombong bijih besi, dikhuatiri lemas apabila jentolak itu terjatuh ke dalam sungai ketika cuba mengalihkan generator di Sungai Lebir, Kampung Tualang, di sini Jumaat.

Tan Kim Leong, 54, dikatakan sedang memindahkan generator berenjin diesel itu pada pukul 5.30 petang untuk disewakan kepada seseorang.

Bagaimanapun, nasib malang menimpa Tan yang berasal dari Kluang, Johor itu apabila tanah di tebing sungai itu mendap menyebabkan jentolak yang dikendalinya terbalik dan dia dikhuatiri dihanyutkan arus deras sungai.

Endhik Imam Sumarji, 25, berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja bersama mangsa dan seorang lagi rakannya untuk memindahkan generator dari tapak lombong ke seberang sungai.

"Ketika generator diangkat, saya dah nampak jentolak berada dalam keadaan tak stabil dan tayar sedikit terjungkit kerana tanah makin mendap. Saya suruh Tan berhenti, namun tidak dipedulikan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Penolong Penguasa Bomba Azman Abu Hassan berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan 10 penyelam jabatan bomba dan beberapa agensi keselamatan lain. - BERNAMA

Artikel Lain