Pelajar Tingkatan Tiga Lemas Di Sungai Lembing - Semasa | mStar

Pelajar Tingkatan Tiga Lemas Di Sungai Lembing

KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas di kawasan perkelahan Sungai Lembing di sini tengah hari Ahad.

Mangsa Khoo Ming Foong, 15, pelajar Sekolah Menengah Tanah Putih itu dilaporkan lemas selepas cuba mengambil kasut yang dicampak rakannya ke dalam sungai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, mangsa bersama 38 ahli Persatuan Kristian Kuantan sedang mengikuti program riadah di kawasan berkenaan.

"Rombongan itu tiba sejak semalam. Ketika kejadian, mangsa tidak mandi dan hanya berjalan di tebing sungai. Salah seorang rakannya dikatakan mencampakkan kasut kepada mangsa dan kasut itu terjatuh ke dalam sungai.

"Mangsa yang mahu mengambil kasut itu turut terjatuh ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Abdul Aziz berkata, rakan-rakan mangsa kemudiannya bertindak mencari mangsa yang tenggelam di dasar sungai.

"Mangsa ditemui kira-kira 15 minit kemudian dan pihak klinik yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa telah mati akibat lemas," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain