KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Komuter yang tergendala selama kira-kira tiga jam akibat masalah teknikal pada Jumaat, kembali pulih dan beroperasi seperti biasa bagi semua destinasi bermula awal pagi Sabtu.Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika dihubungi Bernama berkata kerja membaik pulih selesai dijalankan, namun staf KTMB sentiasa bersiap sedia sepanjang masa sekiranya berkemungkinan masalah itu berulang. Operasi tren komuter itu tergendala pada 7.20 petang hingga 11.20 malam selepas berlaku masalah teknikal di Km389 laluan Kuala Lumpur Sentral.KTMB memohon maaf kepada semua penumpang atas kesulitan yang dialami. Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862. - BERNAMA