Konsulat Indonesia di JB Sedia Bantu Warganya Pulang Secara Sah - Semasa | mStar

Konsulat Indonesia di JB Sedia Bantu Warganya Pulang Secara Sah

KOTA TINGGI: Konsulat Indonesia di Johor Baharu pada Sabtu menyatakan kesediaan membantu rakyatnya yang memasuki negara ini tanpa izin pulang beraya di kampung halaman mengikut prosedur undang-undang.

Konsul Jeneralnya DJudjur S. H Hutagalung berkata antara lain pihaknya akan menyediakan Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPAP) kepada rakyat Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Kami tidak mahu pendatang tanpa izin ini keluar daripada negara ini menggunakan jalan tikus dan terdedah kepada bahaya bot karam yang banyak berlaku kebelakangan ini, katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.

Menurutnya pejabat itu juga akan cuba membantu membiayai kos perjalanan mereka yang tidak mempunyai kewangan mencukupi untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Beliau sebelum itu meninjau lokasi tragedi bot pancung yang karam di Tanjung Siang di sini Khamis lepas.

Dalam kejadian lewat malam itu, bot tersebut yang dipercayai membawa 44 pendatang tanpa izin warga Indonesia dalam perjalanan ke Batam, sebelum karam akibat dipukul ombak kuat.

Empat mangsa berjaya diselamatkan oleh bot nelayan dan peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selepas 15 jam terapung di laut manakala gerakan mencari dan menyelamat baki penumpang yang hilang masih diteruskan. Mengulas mengenai empat mangsa yang selamat itu, beliau berkata pihaknya telah memaklumkan kepada keluarga mereka namun mangsa perlu melalui prosedur perundangan negara ini sebelum dibenar pulang. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain