suria

Pemandu Teksi Dikaitkan Dengan Pembunuhan Najadi Direman

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi, yang didakwa memandu kenderaan untuk lelaki yang menembak Hussain Ahmad Najadi dapat melarikan diri, telah ditahan reman selama tujuh hari.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Sri Petaling pada hari Selasa, akan ditahan reman sehingga Selasa (6 Ogos).

"Kita tidak perlu menentukan sama ada pemandu adalah rakan sejenayah daripada suspek utama atau hanya menjadi mangsa keadaan.

"Beliau telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi kita berharap untuk mengetahui lebih lanjut dalam beberapa hari yang akan datang," katanya pada satu sidang media di sini, Khamis.

Mohmad berkata, polis telah merakamkan kenyataan daripada beberapa orang yang berkepentingan, termasuk individu yang ditemui Hussain di kuil Kuan Yin untuk perjanjian urusan tanah, sebelum beliau dibunuh.

"Kami masih menunggu untuk merakamkan kenyataan isteri Hussain, Cheong Mei Kuen. Beliau masih sedang dirawat ekoran tembakan senjata di lengan dan kaki," katanya.

Mengenai pemburuan terhadap suspek utama, Mohmad berkata, polis telah mempertingkatkan usaha untuk mengesan lelaki yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai (lelaki empat mata dalam bahasa Kantonis).

"Kami percaya dia masih di bandar. Kami yakin menahannya selepas mukanya didedahkan kepada orang ramai," katanya.

Mohmad mengesahkan bahawa selepas empat hari, polis telah meneliti motif yang dikaitkan dengan perjanjian harta.

"Pembunuhan beliau kemungkinan disebabkan oleh urusan ke atas harta. Kami akan menyiasat lebih lanjut untuk mendedahkan di sebalik insiden tembakan itu," kata beliau.

Pengasas Arab Malaysian Bank sedang berjalan ke kereta bersama isteri beliau selepas mengadakan rundingan perjanjian tanah di kuil pada kejadian beliau ditembak.

Seorang lelaki datang dari arah belakang dan menembak beliau, yang mengenai bahagaian dada dan bawah abdomen.

Lelaki itu kemudiannya melarikan diri dalam teksi yang sudah menunggunya.

Najadi meninggal dunia di tempat kejadian manakala Cheong, 49, cedera di bahagian lengan dan kaki.

Gambar pembunuh yang disyaki dirakamkan oleh CCTV berhampiran kuil di Lorong Ceylon di sini, telah pun diedarkan kepada media.

Artikel Sebelum

Artikel Lain