Jakim Putuskan Video Wanita Sambut Aidilfitri Bersama Anjing Hina Islam - Semasa | mStar

Jakim Putuskan Video Wanita Sambut Aidilfitri Bersama Anjing Hina Islam

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata SKMM akan merujuk kepada Jakim mengenai video itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Ahmad Shabery berkata kes itu akan diserahkan kepada Peguam Negara jika Jakim memutuskan ia mencemar kesucian agama.

Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.

Maznah direman dua hari hingga hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor untuk membantu siasatan setelah diambil keterangan di Bukit Aman pada Kahmis.

Jamil Khir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM600,000 kepada 3,000 pengawal keselamatan dan sumbangan bernilai RM40,000 kepada 100 pendakwah bebas di sini pada Jumaat.

Mengenai fahaman syiah di negara ini, Jamil Khir berkata pihak jabatan mufti terutamanya di Selangor, Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain sudah mengambil keterangan daripada pihak yang mendakwa mereka sebagai penganut syiah.

"Ada jabatan lain juga telah memanggil dan memberikan mereka kaunseling," katanya.

Selain itu, katanya usaha mengekang penyebaran fahaman itu yang telah diharamkan di negara ini akan terus dipergiatkan sama ada melalui media, mahupun 'road show' ke pelbagai tempat untuk menyedarkan masyarakat.

Beliau turut sependapat dengan ulama tersohor Dr Yusof al-Qadrawi seperti dilaporkan akhbar pada Jumaat yang menentang fahaman Syiah.

"Sebab itu Malaysia melalui fatwa sejak 1984 dan yang diperkemaskan lagi pada 1996 oleh jawatankuasa muzakarah fatwa dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan Syiah adalah pegangan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Ia juga diiktiraf salah di Malaysia. Jadi saya rasa ianya selaras dengan Dr Yusof Qadrawi seperti disebutkan dalam pandangan beliau," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal