suria

Peniaga Perabot Ditemui Mati Ditikam

MELAKA: Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan enam kesan tikaman di kawasan semak berhampiran pantai Telok Gong di Alor Gajah malam Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mangsa dikenali sebagai Oh Son Liong, 55, yang ditemui orang awam kira-kira 10 malam.

"Polis turut menjumpai sebuah lori muatan satu tan yang dipercayai milik mangsa berdekatan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pihak polis meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini agar menghubungi balai polis berhampiran. - BERNAMA

Artikel Lain