suria

Parlimen Lembah Pantai Kekal Milik PKR

Nurul Izzah (tiga, kiri) bersama suami Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (dua, kiri) ketika diumumkan memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 5 Mei lalu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya pada Khamis menolak petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan bantahan awal Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk menolak petisyen yang difailkan pengundi, Mohamad Sazali Kamilan.

Mahkamah turut memerintahkan pempetisyen membayar kos RM40,000.

Pada PRU-13 lalu, Nurul Izzah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba dengan majoriti 1,847 undi.

Artikel Lain