suria

Polis Kenal Pasti Penembak Najadi Melalui CCTV

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti siapa yang telah menembak Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi.

Mereka telah berjaya mendapatkan gambar lelaki itu, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran Lorong Ceylon, tokong Kuan Yin.

Motif pembunuhan pada Isnin itu dipercayai disebabkan dendam, berkait dengan urusan jual beli hartanah.

"Juruteknik kami telah menganalisis dan meneliti rakaman video dan kami berjaya mendapatkan beberapa imej penembak," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis di sini, Selasa.

"Sekarang kita tahu bagaimana suspek kelihatan, ia akan menjadikan lebih mudah untuk memburunya."

Dalam kejadian pada Isnin, Hussain, 75, ditembak mati manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49 cedera parah ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, di Lorong Ceylon, di sini.

Mangsa terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan. "Kita percaya perkara ini dilakukan oleh pembunuh upahan. Polis akan memanggil 7 orang saksi untuk merakam keterangan,"

Beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi hotline polis di 03-2115 9999 atau pergi ke balai polis berhampiran.

Artikel Lain