suria

Terowong Smart Ditutup Rabu Malam

KUALA LUMPUR: Terowong Lebuhraya SMART akan ditutup pada Rabu, 31 Julai hingga Khamis, 1 Ogos.

Ia akan ditutup bermula pukul 11 malam hingga 6 pagi keesokan harinya.

Menurut kenyataan akhbar Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd pada Selasa, penutupan itu bagi membolehkan penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya dijalankan.

Pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan berhubung penutupan terowong itu. BERNAMA

Artikel Lain