suria

Sindiket Perdaya Pemaju Perumahan Di Kenal Pasti Di Johor

JOHOR BAHRU: Satu sindiket baharu yang ingin mendapatkan wang dengan cara mudah, hampir menipu seorang pemaju perumahan tempatan sebanyak RM50,000 dengan menyamar sebagai Datuk Bandar baharu dan meminta sumbangan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Ismail Karim berkata, sindiket berada di sekitar bandar, meminta "sumbangan" sejak Jun lalu.

"Setakat ini, tiga pemaju perumahan telah tampil untuk mengesahkan mengenai sumbangan sebelum memasukkan sumbangan mereka ke dalam bank.

"Saya tidak meminta kepada sesiapa untuk memberi sumbangan dan saya tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian," katanya pada Selasa.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak menjadi mangsa sindiket ini dan segera membuat laporan jika menerima panggilan yang sama.

Artikel Lain