Kementerian Kesihatan Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Doktor Rasis - Semasa | mStar

Kementerian Kesihatan Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Doktor Rasis

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan bagi menyiasat dakwaan tiga doktor mengamalkan perkauman dan memberi layanan buruk kepada beberapa pesakit di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata jawatankuasa itu telahpun memulakan siasatan dan berjaya mengumpul maklumat daripada pesakit terbabit.

"Kami telahpun menubuhkan jawatankuasa berkenaan dengan pengarah kesihatan negeri menyiasat perkara itu, dan siasatan dijangka selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas bertemu pemimpin MIC negeri di sini, Isnin.

Beliau berkata siasatan masih berjalan dan jawatankuasa berkenaan akan menyerahkan laporan penuh kepadanya.

Isu itu dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri awal bulan ini oleh Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Ditanya sama ada kementerian itu masih menunggu laporan kerajaan negeri Pulau Pinang, Subramaniam berkata pihaknya membuat siasatan sendiri dan membincangkan isu berkenaan dengan pesakit serta doktor terbabit.

Beliau juga sudah melihat laporan pesakit berkenaan dan mereka ternyata tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima.

"Kami sudah mengenal pasti beberapa masalah yang membawa kepada isu berkenaan, termasuk kemahiran komunikasi yang teruk dan kekurangan kemahiran klinikal.

"Ia tidak kelihatan seperti membabitkan unsur perkauman. Secara kebetulan doktor yang terlibat adalah orang Cina manakala pesakitnya pula Melayu," katanya.

Pada 23 Julai, Roslan mengadakan sidang akhbar dan membawa pesakit yang didakwa menerima layanan buruk daripada doktor berkenaan di dua hospital kerajaan di negeri ini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain